Ya Muqollibal Qulub Tsabbit Qulubana A'la Deenik


S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
<< May 2012 >>
NewEntry
Category
Archives
Links
Profile
Other
Mobile
qrcode
Diari Tarbiyyah di Bumi Sakura (Part 3)
 Usrah pertama tahun 2006 itu di rumah kami. Rumah saya dan seorang lagi kawan sekuliah sangat besar. Entah bagaimana kami boleh memilih rumah itu. Mungkin sebab 'pengaruh' sempai. Ya..harganya agak murah berbanding saiznya dan biliknya yang 3 itu, tapi kita tak perlu rumah yang terlalu besar untuk tinggal berdua kan?

Mulanya agak kesal sedikit, lama kelamaan bila rumah kami sering dijadikan tempat untuk berkumpul, berusrah dan bersolat jemaah kami berlapang dada dan bersyukur.

Saya tak mampu mengingati apa perkongsiaan atau tazkirah di pertemuan pertama itu. Yang saya ingat, kami mulakan dengan sesi taaruf. Ada beberapa ahli baru tahun itu. Saya dan roomate di tahun satu pengajian, dan 2 orang lagi sempai di tahun ke-3. Mereka menyambung ijazah di Hirodai. Mereka memang sudah lama di Jepun. Saya kira mungkin sudah 4-5 tahun. Tidak hairanlah sebekas karipap yang dibawa bersama ketika usrah licin sekelip mata! Keduanya terer masak. Kami aje yang terkial-kial menyediakan hidangan. Tahun 1 la katakan!

Mak usrah kami adalah seorang kakak yang mengikuti suami yang sedang membuat pengajian PHD di hirodai. Ketika itu anak mereka seramai 4 orang. Riuh-rendah rumah dengan suara kanak-kanak berlari dan bermain. Saya masih ingat lagi, karpet di bilik saya terbakar dan ada bekas iron. Semuanya gara-gara salah seorang anak kak Z membuka suiz iron dan muka iron jatuh ke atas karpet masa mereka sedang berlari-lari. Nasib baik saya cepat perasan dan tersedar. Ada bau seakan terbakar mencucuk hidung. Hati dicubit rasa geram. Namun saya hanya mampu menahan sabar. Ikutkan nafsu amarah, saya mahu minta ganti karpet baru dari kedua ibu-bapanya. Fikir secara dewasa saya menelan aje rasa itu. Budak-budak..heh! Itulah kenangan yang saya tak boleh lupa 

Sesi taaruf agak panjang. Memang adatnya perjumpaan pertama dalam usrah penuhkan aje dengan sesi taaruf. Biar pecah segala ais yang mendindingi ahli usrah. Saya teringat dalam taaruf itu Kak I bercerita panjang tentang plan hidupnya selepas tamat belajar. Fuhh~kagum saya sebentar. Saya masa tu masih kabur dan ikut flow. Lagipun saya masih berusaha menyesuaikan diri di negara orang dan di tempat baru. alasan~ (>-<) 

Sesi tadarus Al-Quran pon ada. Masa ini dapat lihat siapa yang lancar dan merangkak-rangkak. Saya terlihat kak E terkumat-kamit berlatih sebelum tiba gilirannya. hurm..tak dinafikan kita akan berasa sedikit malu jika bacaan kita tersekat-sekat tambahan pula baca di keliling orang. Terdetik dalam hati saya, alangkah bagus jika sentiasa istiqomah baca Al-Quran di luar waktu usrah. Mahu baca lancar kerana Allah. Allah betulkan bacaan kerana Allah. Kerana nak dapat pahala. Harap-harap itu yang selalu kita kejarkan. 

"Awak sekolah mana? " tanya kak I masa kami sedang bersiap-sedia untuk tunggu solat Zuhur.
"Saya sekolah agama" jawab saya pula
"Ohh yeke?? dia seakan terkejut.  
"Mesti awak pandai mengaji" sambungnya lagi.

Saya menafikan sambil tergelak-gelak. Ini kali pertama orang mengaitkan saya  sekolah agama dengan pandai mengaji. Hakikatnya di sekolah agama itu bukanlah mengajar orang mengaji sampai lancar atau sampai menghafal ayat-ayat dari surah Al-Quran itu. Pengalaman saya mengendalikan usrah di tingkatan 5 dulu, ramai lagi junior tingkatan 4 yang masih tersekat-sekat membaca Al-Quran. Ya, tiada kelas mengaji di sekolah itu. Pengajian Al-Quran dan tajwid saya kira berlaku pada pendidikan rendah lagi. Selepas itu terpulanglah pada diri sendiri untuk selalu dekat dengan Al-Quran demi melancarkan bacaannya atau tidak. Jika sudah lama tidak berada di samping Al-Quran, 'keraslah' lidahmu.

Saya teringat permintaan seorang sahabat ketika saya di KL dahulu. Berkat berada dalam kelompok usrah, kami tahu di mana kelemahan dan kekuatan dalam bacaan Al-Quran masing-masing.

"Niza, hang free bila? watashi nak datang bilik boleh tak? tolong tengokkan bacaan Al-Quran watashi,"

MasyaAllah saya menyambutnya dengan riang! masakan tidak seorang sahabat yang tahu dirinya masih lemah membaca Al-Quran ada usaha mulia mahu diperbetulkan. Dia mahu belajar, dia mahu lancar, dia mahu diajar dan mahu ditegur. Dia menepis segala rasa rendah diri dan ego yang bersarang dalam hati. Saya sangat kagum. Saya bukanlah 'guru' al-Quran terbaik namun untuk membantu demi amalan yang mulia ini saya rela meminjamkan sedikit masa dan tenaga. 
Namun saya berasa sedikit kesal dan terkilan. Sekejap aje tempoh P&P tadarus kami bersama-sama. Tidak lama kemudian kami dijadualkan fly. Dan di bumi sakura ini kami terpisah berpuluh ribu batu jauh..sangat jauh..bukan lagi selang beberapa pintu bilik di asrama dulu. Dalam hati rasa sedih. Masihkan dia berguru lagi dengan sesiapa? saya terus doakan dia istiqomah dengan Al-Quran.

Banyak pengalaman yang saya timba dari circle usrah ini. Ini salah satunya. Dan minggu-minggu berikutnya terus mengisi lompang-lompang kosong di hati saya dengan usrah. 


^*Diari Tarbiyyah*^ comments(0)
Sakura 2012
 Assalamualaikum wbr 

Untuk pengetahuan ni kali pertama i ber-hanami kat bahagian tokyo ni. For those who don't understand Japanese, hanami 花見 bermaksud melihat sakura. Ni aktiviti wajib orang Jepun setiap tahun pada musim bunga. Bunga sakura ni berkembang sekejap jee..ade yang tak sampai seminggu pastu dah gugur ;( that's why la orang jepun sangat menghargai sakura. Dalam 365 hari setahun, mereka hanya ada 7 hari sahaja untuk melihat sakura. Dan kene tunggu tahun berikutnya untuk tengok sakura berkembang lagi. Yang kite orang malaysia ni pon taknak jugak melepaskan peluang tengok sakura. Balik negara sendiri nanti dah tak dapat nak tengok lagi.
Selalunya mereka akan announce dan laporkan kat TV bila musim sakura betul-betul dah mankai (full bloom). Masa ni la seluruh rakyat akan keluar beramai-ramai melihat sakura. 

Sepanjang bulan ni 2 kali dah i keluar pi hanami. Yang first tu sakura tak bekembang lagi. Kat bandar popular tengah tokyo. UENO.Ada satu park and sakora spot kat situ. Itupun orang ramai gile berduyun-duyun. Keluar je dari stesen dah bersesak. Ada satu pokok je yang penuh bunga sakura tengah mankai (full bloom). Berebut2 orang nak amik gambar kat situ. ehehek2..i terkekek2 dalam hati.
Sabtu minggu lepas kami pi hanami kat Shinjuku. Yang ni lagilaaaa ramainyeee orang nak habaq maiii...minggu tu memang sakura tengah full bloom. Keluar dari eki (stesen) sangat sesak. Depa ni dah duduk jepun sejak lahir lagi pon tak puas-puas lagi nak tengok sakura. Kasi can la kat kita yang negara takde musim sakura ni. Bebel suami i 
Jalan ke taman tu i rasa dalam 3km kot. Kalau search kat internet dia kata 10 minit jalan kaki. Tapi mak aihh punya lama sebab sesak. Gate nak masuk ke park tu dah nampak dari jauh tapi sebab orang bersusun punya lama nak nyampaikan ke pintu. Tapi nasib baik orang jepun skema. Semua beratur dan jalan ikut giliran. Takde potong line. Yang menyebabkan jadi lama sebab ada sport check depan pintu. Tak dibenarkan bawa minuman beralkohol. Sekiranya ada, akan dirampas. Baguslah! orang jepun kalau hanami taksah kalau tak tonggang botol arak tu. Pastu mabuk2 buat bising di tempat awam. Tempat ni nampaknya dijaga baik keselamatan dan ketenangannya.

Rupanya kene beli tiket untuk masuk. 200yen untuk seorang dewasa dan 50yen untuk kanak2. Tak pernah dalam pengalaman saya beli tiket untuk tengok sakura. huhu~ok la tu. Maybe untuk pekerja2, maintenance dll..

Kesimpulan:
Kesian tengok orang bandar di Tokyo bersesak-sesak dari stesen lagi semata-mata nak hanami. Pokok sakura kat dalam park tu takde la banyak mana. Tapi not bad la..luas dan padangnya cantik. Kalau hanami di kawasan kampung macam tempat saya study dulu aman damai di kawasan bukit dan ada tasik. Pergi naik basikal pun boleh. huhu~ Cuma mungkin berebut tempat parking kereta je la kot..dan tempat untuk berkelah. Kalau lambat maybe dapat spot yang jauh dari bunga sakura. 
Tapi orang jepun still menghargai sakura walau di mana jua berada termasuk di kota metropolitan ni. 



Kita melihat sakura. Orang jepun juga melihat sakura. Namun apakah yang membezakan kita dan mereka??







日本is Japan comments(0)
Annusrah 8 bulan dan Cerita Balik Kampung
 Assalamualaikum..

My baby sedang mendaki usia 8 bulan. Minggu depan dah nak masuk 9 bulan! ummi tak percaya lagii...

Di usia ini, ummi angkut die bawak balik malaysia buat kali pertama dalam hidupnya.

Malam pertama kat rumah acik di gombak. Makcik2 ummi semua berkumpul termasuk sepupu sepapat. Annusrah terkejut tengok orang ramai2. Menangis tak berhenti sampai akhirnya terlelap kepenatan. Jenuh ummi nak pujuk dan tenangkan. Mybe dia terkejut dengan angin Malaysia jugak agaknya.

See? excited face shopping at TESCO KB

with atuk a.k.a my beloved dad. people say they have same face

car ride with atuk n opah

Atuk bought her gelang kaki. Cucu pertama la katakan..my mom and dad seem so excited to meet nusrah for the first time. Alhamdulillah im very happy to bring her back. I know they'll be missing their first cucu very much. 1 week was very fast and short. Hope we'll meet again this hari raya inshaAllah..

Tak banyak benda-benda baru pada perkembangannya. Cuma yang i dapat rasa dia makin melekat dengan I. And everyone around me can feel dat way. Semakin mengenali i dan takmahu berpisah. But she manage to play with friend sebaya2 with her..like 7years old below.. Maybe jiwa budak-budak ni sama kot. ada pertalian hati antara mereka. Ahaks~


budak nakal naik buai

with her cousins in Qlate

Sessi belajar jalan ngan abah. how cute!

my love and our love in the flight

Happy 8 months old. Next week nak masuk 9 dah. Masa cepatnya berlalu. 3 bulan lagi setahun. Tapi rasa bagai baru semalam mengandungkan mu..hhu





^*Yusra An-Nusrah^* comments(0)
Tokyo Now~~
 Assalamualaikum readers! 

We've move to Tokyo now.
Back from Malaysia and terus fly ke Tokyo by JAL.
Penat sangat penat..Bangun seawal 4pagi untuk ke LCTT kejar flight 830am.
Sian anak ummi pun kene kejut sekali. Dalam flight menangis takhenti maybe telinga berdesing kot. Just after about 3hours of flying, she fell asleep.

Sampai Osaka at 3.00pm. Terjumpa dengan couple dari malaysia yang naik same flight with us. This will be their first time journey in Japan. They want to go to Kyoto to attend conference for a week. As we have much time to wait until our next flight (kansai-Haneda), we could effort trying to help them finding the train heading to Kyoto. May Allah ease this couple and enjoy their holiday until their last day in Japan.

Sampai Tokyo dah malam and we stay overnight at hotel in Shin-Okubo area. 

The next day baru masuk rumah baru. Dan barang2 kami sampai at 1pm.


Nippon Express siap hampar karpet dan balut dinding dengan kotak supaya rumah tak rosak/calar bila angkut barang-barang


sofa, peti sejuk, TV dan barang-barangku dibalut kemas rupenye..
::si kecik menyibuk jugakk :p

Our new apartment (brown color)

Ekcelli barang diangkut dari rumah lama on 16mac. Selama 10 hari dia simpan kat nippon express coz kami balik jepun on 26mac kan..memula cari laptop tak jumpe. I dah gelabah dah..lama i guna lappy tu. dari tahun 2006. that was my first laptop since i came to Japan. Terus hubby call bagitau laptop kami yang diangkut dalam bag latop tak jumpa. I terus berharap dengan yakin Jepun tak macam tu..mesti ada tercicir kat dalam lori or tertinggal di tempat simpanan. Jepun jujur amanah bla3...Dalam pada tu kami terus cek kotak demi kotak. Rupa-rupanya ada dalam salah sebuah kotak yang melambak tu...Nippon Express yang tolong pindahkan barang masa tu masukkan dalam kotak without hubby realizing it. aduhaiii..alhamdulillah..sangkaan saya tak meleset. semua barang selamat sampai ke pangkuan kami tanpa ada yang tertinggal dan rosak.


Shinjuku Tokyo

Till then. Will be continue later.

bye3


日本is Japan comments(0)
Acuan Roti Jala
 Assalamualaikum wbr

Baru2 ni saye buat roti jala kat kawan-kawan jepun. Saya memang tak de acuan roti jala yang warna kuning macam kite pakai kat malaysia tu.
Tapi mungkin ramai tak tahu kite boleh gunakan item yang dibeli kat 100yen shop sebagai acuan roti jala..

Tadaaaa....!!!

bekas mayonis desu!

Idea ni saye dapat dari Kakyan. Masa gi umah kakyan, die buat roti jala. Saya pun teruja tengok roti jala die lawa sangat dan jaringnya kemas. Dah la senang sebab tak meleleh macam kalau guna acuan biasa tu.

ni rupenye bila dah angkat dari kuali

jala kemas dan nampak cantik. kawan jpn i kate nampak macam spagetti

Tapi saya perasan ade satu masalah if kite guna cara camni. Kite kene buat bancuhan tu pekat macam kepekatan mayonis supaya aliran yang keluar tu elok dan senang dijaring. (maybe coz lubang die besar) 
So, kalau nak pekat, nak taknak kite kene guna banyak tepung. Makanye, guna banyak tepung untuk tapi dapat sikit je. Berbanding guna acuan roti jala biasa. If buat cair, guna tepung sikit je tapi hasilnya banyakk..

Guna bekas mayonis tak disyorkan untuk orang yang nak buat banyak2 or yang nak meniaga

Selamat Mencuba!




100yen Item comments(0)
Kalau Dah Jodoh
 Assalamualaikum wbr

Baru-baru ni adik-adik kami minta jadi orang tengah sebagai  pemudah cara dan penasihat untuk membincangkan soal membina masjid. Subhanallah saya secara peribadi sangat kagum dengan sifat mereka yang terpuji ni. Terima kasih sangat kerana sudi menjemput kami untuk bincang soal yang besar dan berat ni. InshaAllah amanah yang diberikan akan kami pikul sebaiknya kerana Allah.Semoga Allah melimpahkan keberkatan ke dalam hubungan mereka sampai syurga dan mempermudahkan urusan 'mitsaqan ghaliza' mereka ini. Disebabkan kami semua jauh-jauh, perbincangan dijalankan menggunakan medium skype. bermakna 4 orang online di kotak conference.

Ish2..tetiba teringat novel Versus karya hlovate pertama yang saya baca. Hero propose heroin tru abang kandung heroin di skype. Masa baca part tu senyum lebar dan hati berbunga-bunga. aihh tak padan dah ada anak satu ^___~ 
Bukan le nak berangan ke apa. tapi dat's normal kan. Perempuan mesti ada impian nak dipinang dalam suasana 'suwittt~' tambah-tambah kalau cara yang dibuat tu ikut syariat dan dalam batasan agama. Permulaan baik, inshaAllah begitu juga yang diharap pada pertengahan dan penghujungnya. 
Sape-sape taktahu menahu pasal cite ni boleh try google or cari la novel ni di kedai-kedai buku berhampiran best seller kott
Saya kira zaman orang dah berduyun-duyun masuk usrah dan ikut tarbiyyah sekarang semuanya dah mula nampak pada cantiknya Islam menjaga batasan perhubungan. Malah mungkin boleh mengatasi rasa 'seronok', excited dan perasaan dalam hati ada taman semasa di-propose secara ehem..yang satu lagi..

Perbincangan dimulakan dengan sesi taaruf dan cerita ringkas mengenai 'kami'. Masa sang suami menceritakan perihal dan sejarah perkahwinan kami bermula dari sesi peminangan sampai majlis kahwin, saya perasan ada air bertakung di tubir mata. Saya kesat sedikit dengan hujung jari sambil bertanya dalam hati' aku menangis??
Mungkin pelik dengan diri sendiri mengapa? tetapi itulah hakikatnya. Tiba-tiba teremosi bila teringatkan tentang kisah itu. Tak sangka jodoh sampai cepat, siapa sangka dengan orang yang pernah dekat dan kenal setahun selepas tahun menghadapi SPM (masa buat prep datang jepun). Macam bermimpi aje bila semuanya dah selesai. Jodoh tu memang rahsia Allah. Allah nak bagi surprise kat kite..cantik sahaja semua perancangan dan ketentuanNya.

Teringat pertama kali dia menyebut soal kahwin dan hati saya terbuka tanpa belah bahagi mungkin sebab dah jodoh..Teringat pertama kali datang ke ipoh jumpa mak dan abah, sebelum subuh lagi saya dan abah menjemputnya di stesen bas, berjemaah sama abah di surau dan abah sempat menolaknya jadi imam solat isya', malam itu kami hantar dia menginap di hotel berdekatan,  teringat mak datang jepun dan minta jumpa dengannya untuk tanya chokusetsu dan bincang sedikit soal kami, teringat panggilan telefon yang dibuat dari jepun ke ipoh sebab mak suruh kol..teringat saat-saat sukar saya terpaksa berhenti sambung masters dan harus buat pilihan yang sangat berat. Berat fikir soal masa depan, soal keluarga, jodoh dan macam-macam lagi. Mungkin kerana itu saya beremosi bila kisah ini bagai diulang-tayang di depan layar mata. 

Sekarang kami sudah ada annusrah. Dan hati saya kadang-kala masih tersangkut dengan kisah dulu. Kenangan yang terus bermain-main dalam ingatan. Alhamdulillah Allah penentu semua yang baik-baik. Kalau tak baik sekalipun hanya kerana hati kita yang menidakkan kebaikan itu, atau sebab kita tak nampak.  

Cerita jodoh setiap orang berbeza. Yang belum sampai jodohnya pasti ternanti-nanti dengan penuh debar. Yang pasti teruskan berdoa semoga ia datang melamarmu dengan penuh kehormatan dan menjemputmu sebagai bidadari hidupnya yang dimuliakan.



Alam Rumah Tangga comments(0)
Kunjungan Kimie San Tachi
  Assalamualaikum wbr

28 Feb 2012:  Kimie San tachi datang rumah bersama anak-anak mereka. Semua sempai-sempai annusrah. Kami bertemu kali pertama masa aktiviti baby massage kat sanroku. Lepas tu hampir setiap minggu berkumpul di sana. Geng depa ni la yang selalu ramah menegur dan main dengan annusrah. Bila gtau nak pindah, semua terkejut dan nampak sedih. Saya pun sedih nak berpisah dengan mamatachi nihonjin yang baik macam mereka. Rasa tak kesunyian membesarkan anak di kawasan ini. Ini pengalaman pertama saya berkawan dengan mak2 kat nihon sejak kahwin. Memang rasa sangat lain. Selama ni berkawan dengan budak-budak sebaya kat universiti. Mak2 jepun kebanyakkan tua sepuluh tahun dari saya. Entahlah sebab saya kahwin muda atau mereka yang kahwin lambat. Pun begitu, mereka sangat baik dan peramah. Perbezaan umur yang ketara tetap tak menjadi masalah besar.

Sejak mereka kata nak datang rumah, penat jugak saya berfikir nak masak apa. Last-last saya putuskan nak buat kuih-muih je. Nak masak-masak beria tak sempat. Bila nak buat hidangan minum petang, rasa macam ringkas sangat pulak. Buat la 3-4 jenis.  Roti jala+kari, cekodok pisang, kuih bakar (hat warna hijau tu) dan bubur kacang. Dalam banyak-banyak derang paling suka roti jala. Sayangnya saya hidang beberapa gulung aje memandangkan kat rumah ni ada peminat roti jala. So, kena simpan sikit la..he3. Saya pun tertunggu-tunggu la comment mereka ala-ala orang Jepun komen kat dalam TV tu. Dah selalu sangat tengok cara deme komen makanan bila masuk dalam mulut. Bile first time orang Jepun try masakan kita, terujalah nak tengok apa reaksi dan komen mereka. Ekcelli ni bukan first tima la..masa zaman universiti ada beberapa kali buat makan kat kawan-kawan. Bihun goreng dalam kuali tu tak sempat masuk piring dah dihabiskan beramai-ramai oleh kawan-kawan lelaki sekelas kami. Paling disukai, cekodok pisang. Siap nak bawak balik lagi.

Annusrah mungkin akan lupa dia ada kawan-kawan jepun seawal usia 7bulan. Saya akan tunjukkan gambar ini sebagai bukti Alahai sedih pulak, macam dah nak tinggalkan Jepun for good je.

Buah strawberri dibawak oleh Umi san dan Kimie san. Terus makan cicah coklat. Terpengaruh dengan cite vanilla coklat. 

Banyak benda yang diborakkan. Ofc banyaknya pasal agama Islam kan. Solat, puasa, tudung, aurat, benda tak boleh makan dll..dan ada juga pasal Malaysia. Kimie san siap search dan baca kat tenet pasal mesia sebelum berkunjung.

Kol 7 derang siap-siap nak balik memandangkan saya tak solat maghrib lagi. Nasib baik Tsubaki san tanya pasal solat dan terus saya bagitau waktu solat sekarang. Tinggal 10 hari lagi kat Tobata ni. Tah ada ke lagi peluang nak jumpa. InshaAllah Rabu depan nak menjenguk muka ke sanroku. Dan say sayonara kat semua..sob3

Bye2~


日本is Japan comments(0)
An-Nusrah 7 bulan dah~
  Assalamualaikum wbr

Lama dah xupdate pasal anakanda. Sekarang dah 7 bulan 2 minggu. Kalau boleh i taknak terlepas peluang merekod segala milestone dia di sini. Bolehlah i baca dan kenang-kenang balik bila dia dah besar nanti.  

Annusrah dan sangat3x manja dengan i!! memang la i suke sebab dia nampak sayangg lebey kat mak dia ni. kita kan yang bawak dia 9 bulan. Tapi i jadi tension pulak bila dia taknak dok lama dengan orang. Abah dukung nangis2..bila pass kat i tros senyum.. eeee geram betul!

Sekarang dah pandai ikut i. Kalau i takde depan mata terus cari, merangkak sampai ke dapur. Pastu tarik-tarik baju nak minta angkat dia. Kadang2 i nak cepat dan bz masak i buat taktau je. Sian die meraung sambil minta belas kasihan.


Main dengan kawan2 di sanroku


masih lagi suka lalu dan panjat bawah meja. macam lalu lorong tol gate tue..

gambar passport

demam kali pertama @7 mo ..40℃!!

'TOLONG' umi susun buku di rak



first flight  kita-kyushu to tokyo

wajah tido tetap menjadi poojaan hati umi

sesi membaca dengan abah

iro2


Semoga terus membesar menjadi penyejuk mata dan hati bonda dan ayahanda.





^*Yusra An-Nusrah^* comments(0)
Abang, Saya Minta Izin..
  Assalamualaikum wbr

Hari ini saya bawa annusrah ke klinik. Demam selsema masih tak kebah walaupun dah seminggu sakit. Batuk setiap malam pun merisaukan saya. Sedih dengarnya. Ditambah pula dengan cirit-birit. Sehari lebih 5 kali tukar pampers. Walaupun penat membasuh dan menyalin pampers, saya buat dengan rasa sayang dan kasihan. Pasti dia tak selesa kerana perut meragam. Dia masih kecil dan ini kali pertama dia demam.

Saya berjalan kaki mengendong annusrah dengan carrier ke stesen tren. Di sana ada banyak teksi menanti penumpang. Hajat di hati nak ambil teksi sahaja ke klinik. Selama ni kami berjalan kaki sahaja sambil tolak stroller annusrah. Tapi hari ini tak mungkin dia nak duduk dalam stroller diam-diam.

Di pertengahan jalan, sebuah kereta berhenti dekat dengan saya dan pemandunya menyapa. Ternyata dia adalah Ueno san, kakitangan syarikat suami saya yang bertanggungjawan menguruskan perpindahan kami ke kawasan ini bulan 4 , tahun lalu. Kami banyak terhutang budi padanya. Dia yang menunjuk jalan dan menyerah kunci rumah pada saya. Ketika itu sedang mengandung annusrah 7bulan. Dia nampak gembira dapat jumpa annusrah buat kali pertama.
Mukanya berubah risau dan simpati bila saya kata nak ambil teksi untuk ke klinik. Ueno san terus offer untuk menumpangkan kereta sampai klinik. Tanpa berfikir panjang dan dengan rasa bersyukur dan terima kasih saya terus menerima pelawaannya. Alhamdulillah saya rasa gembira ditumpangkan orang yang saya kenal. Rezeki!

Sepulangnya dari kerja, saya ceritakan pada suami hari ini saya telah terjumpa Ueno san dan menumpangnya sampai klinik. 

"Kenapa tak tanya abang? katanya dengan nada kesal

Terpukul saya..terdiam..Ohya.. Saya terlupa dia! Saya lansung terlupa untuk minta kebenarannya. Itulah yang patut saya lakukan sebelum saya memutuskan untuk bersetuju tadi.

"Ueno san suruh duduk di seat hadapan atau belakang?" tanya suami.

"Seat belakang la. Abang ni..kan bawa annusrah," kata saya.

Abang, saya minta maaf. Saya terlupa nak minta kebenaran. Atau saya sepatutnya menolak sahaja tadi.

Ya..sebelum ini saya pernah baca coretan ustazah di FB. Cerita tentang seorang muslimah ditimpa malang kerana kerosakan kereta dalam perjalanan ke tempat kerja. Berhenti sebuah kereta untuk membantu. Ternyata manusia itu seorang muslimin, teman sekerjanya. Beliau offer pertolongan untuk telefon kereta tarik dan mekanik. Muslimah itu segera telefon suaminya untuk minta kebenaran dan sebagainya. Membaca cerita ini terus saya berazam untuk mendapatkan izin suami dalam apa sahaja hal dan situasi yang melibatkan bantuan manusia bukan mahram saya. 

Tapi benarlah, ia agak sukar. Bila situasi seperti ini kena pada diri sendiri, kita sendiri terlupa dan tak teringat. Tak teringat lansung akan perkara yang mungkin remeh tapi sangat penting itu.
Saya sangat beruntung kerana suami saya agak tegas dan mengambil berat hal seremeh ini. Duduk di seat hadapan atau belakang pun dia diambil kira sebagai menjaga ikhtilat dan akhlak seorang muslimah yang sudah bersuami (yang belum bersuami juga!). 
Benar, Ueno san itu seorang lelaki jepun yang baik hati. Mungkin lebih baik,amanah dan jujur untuk diragui. Tiada apa yang perlu dirisaukan lebih-lebih lagi bila hati sendiri mengakui orang Jepun ini 1000x lebih baik dari 'lelaki-lelaki yang suka ambil kesempatan' di tanah air sendiri. Namun menjaga ikhtilat dan adab dalam islam itu lebih utama daripada sangkaan-sangkaan baik kita. Bukankah islam itu cara hidup yang paling baik, paling mulia dan paling indah ajarannya? Ia awal-awal lagi berusaha menutup pintu-pintu kejahatan dengan mengelakkan sesuatu perkara buruk itu dari berlaku. Dan yang lebih penting dari itu adalah kebenaran suami dan apa yang kita lakukan itu dalam pengetahuannya. Sebenarnya dia tidak kisah sedikitpun kalau saya menumpang orang. Malah dia mungkin lagi suka menumpang orang yang saya dan dia kenal berbanding naik teksi. 

Maafkanku, seorang isteri yang sering khilaf dan selalu terlupa..




Alam Rumah Tangga comments(0)
Sifat-sifat Isteri Solehah (2)
Sambungan dari entry sebelum ini..

8. Tak benarkan orang masuk/bertamu sebelum mendapat izin suami
point yang ni selalu orang terlepas pandang. Walaupun orang tu suami kita kenal, hatta saudara-mara sekalipun haruslah kita inform dulu pada suami dan minta izin. Kalau kerja masa tu, kol atau setidak-tidaknya sms. Rumah yang kita duduk tu pun hak milik suami beserta dengan harta di dalamnya. Maka selayaknya meminta kebenaran dulu darinya untuk bawa masuk orang. Selalunya kalau kita tengok kat malaysia selalu terjadi untuk kaum-kaum ibu suri rumah. Selalu didatangi jiran-jiran rapat datang bertandang dan berborak-borak. Kalau suami izin dan redha ok la..

Pasal point ni saye teringat satu kata-kata dari ustaz don kat youtube. Yang ni memang membuka mata saya dan sangat terkesan di hati. Kenapa belakunya penzinaan dan maksiat di kalangan orang-orang dah kahwin, curang pada suami, bawa masuk lelaki lain ke rumah, berzina di rumah sendiri bila suami tiada di rumah dan sebagainya? sebab tak jaga panduan islam yang ini. Islam dah gariskan sebelum bawak masuk orang lain, minta izin suami dulu. Apabila yang ni pun tak jaga (tak mamoru), apatah lagi yang besar-besar sampai berzina. Katakanlah..seandainya la..para muslimah jaga perkara ni setegasnya, pasti tak berlaku kes-kes begini termasuklah tak bagi masuk orang tak dikenali macam orang jual barang, pembaiki paip rumah, dll. Kalau para isteri jaga ni inshaAllah selamat dari musibah dan bencana.

Selain tu, Islam pun ada gariskan dalam AQ yang mana anak-anak tak dibenarkan masuk dalam bilik mak ayah pada 3 waktu. Sebelum subuh, waktu tengah hari (zuhur) dan selepas isya'. Kalau nak masuk bilik mak ayah pula kene ketuk pintu dan minta izin. Cantik sekali panduan Islam. Waktu-waktu tersebut ada reason sendiri kenapa. Semuanya bersangkutan dengan adab anak-anak dengan ibu bapa. Kalau jaga yang ni dengan penuh disiplin tak berlaku macam-macam kes seperti sumbang mahram, rogol, dll. Cantiknya Islam ni sebab islam menutup perkara-perkara yang memungkinkan sesuatu itu terjadi sebelum ia berlaku lagi. Preventing is better than cure!

9. Jaga waktu makan dan istirehat suami
Kadang-kadang isteri (baca:saya) selalu culas nak chanto masak. Terutama sekali di hari cuti, nak bangun lewat mengalahkan anak dara di zaman bujangnya. Terus la skip makan pagi atau lewat masak tengah hari. Suami tertunggu-tunggu la lepas subuh nak bersarapan sampai sakit perut. Kalau malas sangat, masak pun ala kadar aje  Kita anggap perihal makan ni ringan, tapi kalaulah suami marah dan tak redha alangkah berdosanya kita. Betullah kata orang, nak ambil hati suami, jaga perutnya. Maksudnya makan minumnya la tu. Waktu istirehat pun sama. Masa tidur dan mengantuk janganlah pula diajak bersembang atau keluar.

10. Menghormati mertua dan ahli keluarganya
Mendapat mertua yang baik alhamdulillah satu rezeki. Tapi jika tak 'sebulu' dengan kita janganlah pula dijadikan alasan untuk bermusuhan. Suami wajib taat pada ibunya seperti mana anak-anak lelaki kita kena taat pada kita nanti. So, janganlah jadikan ibu mertua sebagai rival dan menyakiti hatinya. Harus selalu mengalah dan berusaha mengambil hatinya. Bukan apa, kalau kita pandai ambil hati mak suami kita, inshaallah suami pun akan lebih sayang pada kita. Begitu juga pada adik-adiknya dan ahli keluarganya yang lain.

11. Berusaha menenangkan hatinya apabila gelisah, bukan menambah bebannya

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

12. Segera minta maaf apabila buat salah dan jangan bertangguh
Kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita. Maunya di saat sedang berkonflik dengan suami dan tak sempat nak mintak ampun, bagaimana? Susah nak minta maaf ni kerana ego. Rendahkanlah ego. Kalaupun rasa kita tak bersalah atau kesalahan tu kecik je, minta maaf segera supaya hubungan terus jernih. 

Nabi s.a.w bersabda : "Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku" (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Amalan meminta maaf boleh juga diamalkan sebelum tidur. Ambil tangan suami, salam dan cium tangannya. Katakan, 'abang, saya minta ampun dan maaf kalau ada buat salah sepanjang hari ini'. Kalau suami membalas, ' tak mengapa. abang maafkan dan halalkan semuanya'. Alhamdulillah..tenang hati untuk tidur dan kembali berkhidmat padanya esok hari. 
Ingat tak satu kisah seorang isteri ni dia tak tenteram dalam kubur sebab ada benda tak settle dengan suaminya. Suami dia kata isteri dia solehah dan baik sepanjang hidup dengannya. Bila dia ingat balik rupa-rupanya ada satu malam isteri dia terlupa nak minta maaf dan dia tidur dalam keadaan marah pada isterinya. Cuma satu malam! walhal waktu2 lain dan hari-hari lain dia sangat taat. Suami pun dah lupa kesilapan yang satu dan kecil itu. 
Sousou..kita tak tahu benda yang mana kita buat suami tak pleased dengan kita. Mungkin kecil dan sangat remeh. Oleh itu minta maaflah dan ambil hatinya selalu.

13. Mencium tangan suami apabila hendak ke tempat kerja dan pulang dari tempat kerja
Dalam hadis ada menyebut, apabila suami isteri saling bersalaman dan bersentuhan maka gugurlah dosa dari celah-celah jari mereka. Subhanallah..senangnya nak buang dosa selepas berkahwin ni. (kalo kapel pegang tangan bukan dapat apa. haram=dapat dosa pulak tu)
Selain tu bersalaman ni dapat meningkatkan kemesraan suami isteri. Ia seolah isteri redha dengan pemergian suami mencari rezki dan suami redha dengan perpisahan yang sebentar itu. Pesan pada suami juga, 'gambatte abang! bawa pulang rezeki yang halal untuk kami yea' atau ucapan orang jepun, 'Itte rassyai'. Apabila suami pulang ke rumah maniskan senyuman dan peluk dia serta tunjukkan muka gembira kerana suami pulang ke pangkuan kita dengan selamat. Mungkin boleh selit sekali dialog seperti 'abang dah balik..rindu abang' 
Kalaulah suami isteri bergaduh sebelum tu dan mereka tak bermaafan, bayangkan suami nak keluar rumah untuk bekerja keesokan harinya, agak2 mereka akan bersalaman tak? So, that's why la kalo ade masalah cepat-cepat settle kan dan boleh lah menjernihkan hubungan.

14. Mahu diajak suami untuk solat malam bahkan bila perlu ajak suami solat malam
Rasulullah s.a.w bersabda: “Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda: “Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

15. Tak sebarkan rahsia keluarga lebih-lebih lagi rahsia di ranjang. Bahkan berusaha menutup aib suami serta puji agar bertambah rasa sayang dan cinta
Kadang-kadang kita tak tahu yang mana satu rahsia, yang mana satu perlu diceritakan. Oleh itu jalan yang paling mudah adalah diam. Fikir dahulu sebelum berborak dengan keluarga atau kawan-kawan. Jika aku cakap tentang ini suami akan marah tak? suami suka tak? dsb nye..

Pujian memang semua orang suka. Cuba puji suami selalu. Contohnya 'pandai abang mandikan anak', 'pandai abang pujuk anak', 'kari kambing abang masak tahun lepas sedap la..boleh abang masakkan lagi? 

Ok..sambungan lagi 10 point di entry seterusnya 

p/s: nota ini lebih kepada diri sendiri dan juga perkongsian buat semua. Jom mengejar redha Allah dan redha suami


Alam Rumah Tangga comments(0)
1/7PAGES >>


Copyright (C) 2012 JUGEM Some Rights Reserved.