Ya Muqollibal Qulub Tsabbit Qulubana A'la Deenik


S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
<< March 2017 >>
NewEntry
Category
Archives
Links
Profile
Other
Mobile
qrcode
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています



- -
Macam mana nak sambung Master di UTP?
 Assalamualaikum wbr 

Kalau google, mesti banyak cerita macam mana nak apply UTP/ scholarship petronas di peringkat undergraduate. Tapi kurang sekali orang nak kongsi macam mana nak sambung master di UTP?

InshaAllah dengan sedikit pengalaman yang ada, saya akan cuba berkongsi sedikit. 

Sebenarnya kadar bilangan pelajar yang sambung master/phd dalam negara masih kecil berbanding luar negara. Semasa belajar di Jepun, hampir 80% pelajar undergrad mereka akan sambung master. Walaupun kos nya sangat tinggi, mereka tetap berbondong2 akan sambung master daripada bekerja. Kalau di Malaysia, kebanyakkan pelajar post-graduate dipelopori oleh pelajar luar. Di UTP kebanyakkan datang dari negara Pakistan, Sudan, Nigeria, Iraq, negara2 timur tengah lain..

Ok. Saya nak cerita pengalaman macam mana saya boleh 'terjebak' sambung master kat UTP.

Mula2 saya apply jadi RO (research officer) kat UTP dengan bantuan seorang rakan. Pada masa ni saya banyak buat Literature review (LR) berkenaan bidang yang saya kaji tu. Sebenarnya masih lagi blur2 tapi saya belajar banyak perkara dari sahabat satu group dari Sudan. Kerja sebagai RO masa tu pulak tak banyak tugas. Mungkin sebab dah penghujung projek. Tak banyak yang saya boleh belajar dan tak boleh nak develop my research skill.

3 bulan selepas tu, boss saya panggil dan tanya adakah saya berminat nak buat master? soalan ni ada ditanya masa interview RO dulu dan saya jawab Yes! menurut beliau, grant untuk projek ni dah nak habis, jadi tahun depan saya dah tak boleh menggaji awak. kalau sambung master, boleh fikir tajuk rsearch sendiri, apply grant baru dan dapat elaun dari UTP setiap bulan. Ok, di bawah ni beberapa point penting yang saya nak kongsi:


2 KATEGORI MASTER:
ada 2 pilihan samada ko nak buat coursework atau research. coursework setahun sahaja dan kome boleh grad. aku tak sure sangat pasal coursework. yang aku tahu, belajar dalam kelas (dalam kumpulan yang kecil mengikut bilangan intake korang), ada presentation, ada exam dan kene tulis dissertation. Kalau by research, full time buat kajian. kome lantik supervisor yang berkaitan dan expert dengan field of study kome. Mereka ni yang akan guide kome sepanjang master nanti. Cari yang betul2 sesuai, layak dan ngam supaya tak perlu nak tukar2 SV di kemudian hari. Kerja overall independent. Suka hati nak pergi u bila, korang plan sendiri kerja, berdasarkan panduan dari literature review, buku, dan kajian2 lepas. Selepas siap kajian anda, bersiap sedia menulis thesis dan dihadapkan ke VIVA. ini evaluation process untuk melayakkan anda dapat master. 


KEWANGAN
Coursework: bayar yuran per semester. Kalau takde sponsor, kome kene bayar sendiri. Tiada bantuan dari UTP. Kos yang ditawarkan terhad dan pilihlah ikut bidang yang berkaitan dengan korang. Yurang UTP lebih mahal berbanding u lain sebab universiti swasta. 


By research: Setakat artikel ini ditulis, sumber kewangan atau elaun bulanan diterima dari UTP. ada beberapa skim yang korang boleh pilih. 

Memula2 saya skim GA (graduate assistantship). 

GA (graduate assistantship)
Tuition fee waive, elaun bulanan diterima dari UTP sebanyak Rm1650. Sebagai ganti (takkan free2 nak dapat duit kann?) korang kene buat kerja2 tutor untuk budak2 undergrad. contohnye, lab demonstrator, invigilate test, GA untuk kelas tutorial, mark report n test dll kerja yang ditugaskan oleh lecturer untuk membantu mereka. Tiap2 bulan, selesai bekerja dengan kelas mereka, korang kene dapatkan tandatangan lecturer sebagai bukti dan sertakan sekali GA hours tu. GA hours akan dikumpul sampai habis semester. Hantar GA claim form setiap 15hb dan korang akan terima elaun on the first wee for every next month. 

MOHE Mybrain Scholarship
Apply mybarin scholarship. untuk MSc mybrain akan cover tuition fee sahaja. 
UTP akan cover elaun, RM 1650. So, korang tak perlu buat GA work. Tapi mybrain coveryuran tak lebih dari RM 10 000/sem. Kurang dari yuran yang sepatutnya dibayar kepada UTP. so, korang kene buat jugak sikit GA work. 

Lain2 bantuan kewangan tengok sini:

DURATION:
By coursework: 12 bulan -fix-
By research: 24-36 months. bergantung kepada seberapa cepat dan berjaya kajian dan penulisan thesis korang. Plan your work! jumpa SV selalu dan jangan tangguh kerja. alamat tak grad2 lah korang...

CARA APPLY:
Aplly secara online dari website utp. 

untuk yang masuk dari RO, senang sikit sebab korang dah ade SV. tapi kalau korang taknak sambung MSc dalam bidang yang sama dengan field kerja RO korang, korang bebas untuk bertegas dan pilih mana2 bidang dan SV yang korang mahu. yang penting berlaku jujur dan terus-terang walaupun boss korang pujuk2 buat master dengan dia. 

Yang bukan masuk dari RO, better korang kontek dulu dengan bakal sv korang. survey kat website bidang2 lecturer yang korang rasa berpotensi untuk guide reserach korang. lepas tu e-mail mereka adakah mereka berminat nak student master, ada tak projek yang bersesuaian untuk korang buat master dengan dia, ada tak grant dll. Mereka boleh bantu untuk korang lebih nampak macam mana nak buat research, kajian apa yang korang nak buat, macam mana nak buat proposal dll. sebab masa nak apply ni kene hantar proposal. 

PENTING untuk korang buat dulu literature review dan cari reserach gap. 
http://drotspss.blogspot.com/  baca blog ni untuk faham lebih lanjut macam mana nak mula buat master/phd. 

BTW, kalau korang apply online bodo2 gitu je, UTP akan bagi je mana2 SV yang bersesuaian dengan bidang korang. jadi kalau tak ngan, tak sesuai, tak berkaitan korang jugak yang susah kan..so, buat preparation betul2.

Macam mana nak cari SV??
Mula2 korang pergi website UTP
buat lecturer search 
klik STAFF-->ACADEMIC-->

then, korang pilih la department or area of expertise. scroll satu2 nama, background dan expertise mereka. So tengok la mana2 lecturer yang berpotensi untuk jadi SV korang. 

Apa selepas apply?
korang akan dapat offer letter.  

Korang dah kene start buat GA work di semester pertama lagi. Duit elaun pun akan masa di bulan pertama tu. 

dan boleh la ready untuk Research Proposal Defense (RPD). untuk GA skim (bantuan kewangan yang di-support oleh UTP), korang kene settle dalam masa 3 bulan. kalau lebih dari 3 bulan tak present RPD lagi, duit elaun akan ditangguhkan.


OK. harap informasi2 yang sedikit ni dapat membantu korang.
Good Luck k!





utp life comments(0)
スポンサーサイト


- -
comment
send






(C) 2017 ブログ JUGEM Some Rights Reserved.